Saturday 25 May 2013

Rancangan pengajaran harian berpusatkan guru






BERPUSATKAN GURU (KAEDAH SYARAHAN)


Sekolah :  Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1

Subjek : Lukisan Kejuruteraan

Tarikh : 25 April 2013             Tingkatan : 4

Masa :  8.00-8.40 pagi  [40 minit]

Kehadirian : Semua pelajar.

Topik :  Oblik.

Objektif Pembelajaran : 

  Diakhir pengajaran ini,pelajar dapat :
·         Menyatakan pandangan atas, hadapan dan sisi.
·         Menyenaraikan perbezaan antara sudut 60, 45 dan 30.
·         Menyenaraikan jenis-jenis lukisan oblik dan perbezaan antara jenis-jenis lukisan oblik tersebut.

Pengetahuan Sedia Ada :
·         Pelajar dapat membuat lakaran pelbagai jenis garisan dengan tepat.
·         Pelajar sudah tahu melukis pelbagai bentuk lukisan kejuruteraan.

Alat Bantu Mengajar :
·         Projektor.
·         Komputer.




Langkah Pembelajaran

Langkah
Kandungan
Aktiviti Pembelajaran
(Guru dan Murid)
Bahan/Nota
Set Induksi
5 minit
(8.00 – 8.05)
·   Menarik perhatian pelajar terhadap isi pelajaran.
·  Guru mengaitkan tajuk hari ini dengan tajuk pelajaran sebelum ini dan mengaitkan dengan objek di dalam kelas. Contohnya meja, kerusi dan sebagainya.
-          Cara pandangan suatu objek untuk lukisan oblik.

Langkah 1
5 minit
(8.05 – 8.10)
· Ulangkaji/imbas kembali pembelajaran terdahulu (isometri)
·   Guru mengaitkan dan menerangkan perbezaan tajuk sebelum ini dengan tajuk hari ini.
-          Perbezaan arah lukisan.
-          Perbezaan sudut.
-          Cara pandangan adalah sama untuk kedua tajuk.
·   Guru menerangkan kepada murid bagaimana untuk mengenali lukisan pandangan pelan(atas), hadapan dan sisi.
·    Buku teks.
·      Objek yang dibentuk menggunakan kertas.
Langkah 2
10 minit
(8.10 – 8.20)
·   Pengenalan kepada tajuk oblik.
·    Guru menunjukkan dan menerangkan tentang tajuk oblik dan sudut yang perlu digunakan.
-          Kedudukan paksi dan sudut yang berbeza (60, 45 dan 30) akan mempengaruhi bentuk objek.
·    Guru menerangkan jenis-jenis lukisan oblik dan perbezaan antara jenis-jenis lukisan oblik tersebut :
-          Oblik kavalier.
-          Oblik cabinet.
-          Oblik am.
·    Persembahan slaid.
·    Objek yang dibentuk menggunakan kertas.
Langkah 3
15 minit
(8.20 – 8.35)
·   Tutorial cara melukis.
·  Guru menunjukkan beberapa contoh cara memulakan lukisan dengan menggunakan kaedah segiempat.
·   Video.
·   Tutorial langsung oleh guru.
Penutup
5 minit
(8.35 – 8.40)
·   Membuat rumusan mengenai isi pembelajaran.
·   Guru menyoal pelajar dan mengulas kembali pelajaran hari ini.
·  Guru menerangkan serba sedikit tentang pembelajaran akan datang (pandangan bantuan).
·  Guru memberi kerja rumah  kepada murid.
·     Lembaran kerja.





Refleksi


Apabila guru menggunakan konsep ini, kelantangan suara amatlah penting. Pelajar akan memberi tumpuan terhadap apa yang guru terangkan. Selain itu, suara yang lantang akan memudahkan pelajar mendengar seterusnya membantu pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran pada hari tersebut. Ini supaya murid dapat mencapai hasil pembelajaran terbahagi kepada tiga domain iaitu kognitif, psikomotor (kemahiran) dan afektif (sikap, nilai murni, kerohanian). Tetapi kelemahan konsep ini ialah, guru tidak tahu adakah pelajar dapat menerima isi pengajaran dengan baik dan juga tahap pemahaman murid terhadap pelajaran pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment