Thursday 2 May 2013

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (rph)






1)    Meningkatkan keyakinan dalam diri guru pelatih sebelum masuk mengajar ke bilik darjah.

2)   Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran : objektif, pengetahuan sedia ada, alat dan bahan bantu mengajar, isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang berkesan, aktiviti guru dan murid, penilaian, penutup, pengukuhan dan sebagainya.

3)    Merancang satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

4)    Membuat pertimbangan bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid.

5)    Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

6)    Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.

7)    Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang tersusun dan bersistematik.

8)    Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada tajuk yang hendak diajar.

9)    Menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih menarik dengan mengaitkan isi pelajaran dengan isu semasa.

10) Mengembangkan pengajaran secara tersusun dan dapat mengaitkan setiap matapelajaran yang diajar dengan jelas.

11) Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan, seterusnya mengatasi sebarang kelemahan.

No comments:

Post a Comment